Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Bestari.
Kepada Guru-guru dan pelajar budiman..
Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dilaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.
Instrumen SSQS 2.0 ini perlu diisi oleh seorang Pentadbir, seorag Guru Perpustakaan & Media atau Guru Penyelaras Sumber Sekolah, 30 orang guru dan 30 orang murid(62 orang responden). Bagi sekolah-sekolah kategori SKM, bilangan guru adalah 6 orang dan bilangan murid adalah 6 orang (14 orang responden).
Penarafan SSQS bagi tahun 2013 akan bermula pada 1 September hingga 30 September 2013. Guru Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras ICT akan menyelaraskan responden-responden yang berkaitan.
Kerjasama anda dipohon untuk menjawab semua soalan berdasarkan keadaan semasa sekolah secara tepat.
Instrumen Penarafan SSQS Tahun 2013
Berikut disertakan pautan ke borang-borang yang berkaitan untuk diisi oleh setiap responden. Sila klik pada pautan instrumen yang berkaitan bagi responden yang berkenaan.
SILA KLIK PILIHAN ANDA
Sebarang kemusykilan sila berhubung kepada pegawai-pegawai meja berikut:
- En. Mohammad Arif Bin Harun, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sg. Pelek (013-6308776) atau
- En. Affendy Bin Abdul Rasid, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Salak (013-3733293) atau
- Cik Farah Bt. Hamisan, Juruteknik Komputer, PKG Sg. Pelek (012-3428306) atau
- Pn. Nurul Hani Bt. Mat Nawi, Juruteknik Komputer, PKG Salak (019-2869680).
Berikut, dilampirkan juga surat arahan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk perhatian tuan.
Segala perhatian dan tindakan dari pihak tuan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.