Latar Belakang

Setintas Perihal Sekolah Menengah Sungai Rawang

Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1964 hingga 1965, dikenali sebagai Sekolah Menengah Aneka Jurusan dan menumpang di sekolah rendah. Pengetua pada masa itu ialah Encik Mat Nor Bin Salib. Pada tahun 1966 - 1977 dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan (DMK) yang menumpang di SMK Sungai Pelek.
Pada tahun 1978 semua pelajar DMK dipindahkan ke SMK Sungai Rawang di bawah pentadbiran pengetua Encik Miskam Bin Ngadi. Sekolah ini pada awalnya mempunyai 6 buah kelas dengan seramai 180 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. Sekolah ini dirasmikan dengan sempurnanya oleh Dato' Musa Bin Hitam, Menteri Pelajaran pada masa itu.

NAMA PENGETUA-PENGETUA SMK SUNGAI RAWANG

    NAMA                                                                               TAHUN BERKHIDMAT
1. Encik Mat Nor Bin Salib                                                      1964 - 1965
2. EncikMiskam bin Ngadi                                                       Jan 1966-Dis 1979
3.Encik Zainol Abidin bin Ismail                                                Jan 1980-Julai 1982
4.Encik Ramlan bin Hamzah                                                     Ogos 1982-Nov 1982
5.Encik Solehan bin Remot                                                       Dis 1982-April 1987
6.Encik Sarwan bin Sahit                                                          Mei 1987-Mei 1992
7.Encik Mohd Dali bin Mat                                                      Jun 1992-Jan 1993
8.Encik Zulkifli bin Ismail                                                          Feb 1993-Okt 1994
9.Encik Hamzah bin Mad Jamil                                                 Nov 1994-Mac 1998
10.Encik Abd Wahid bin Takat                                                 April 1998-Nov 1998
11.Encik Muskamal bin Jonan                                                   Dis 1998- Jun 2004
12.Pn.Norhayati binti Ahmad                                                    Nov 2004-Dis 2004
13.Pn.Hjh.Norhayati bt Abu Bakar                                           Julai 2005 - Jun 2012
14.Encik Mohd Amin Bin Jani                                                   Dis 2012 - kini

Rentetan Sejarah Terciptanya Wadah Ilmu



       Pada 27.11.1932 bangunan yang  dibina dari bekas rest house itu pun siap dan digunakan pada tarikh tersebut  Kemudian bangunan yang lama itu pun dirobohkan  . Pada 12.12.1934 kerajaan pula membina rumah guru untuk kedianaman Guru besar. Bagunan tersebut dibina dengan tiang batu, dinding papan atap genting. Kedua-dua bangunan sekaolah dan rumah guru besar sekarang masih ada lagi digunakan dan masih kukuh.

       Mengenai dasar pelajaran pada masa itu,kerajaan hanya mahu rakyatnya boleh membaca,menulis dan mengira sahaja.Darjah yang tertinggal pada masa itu hanya setakat darjah lima sahaja.Lepas itu berhenti tidak ada sekolah menegah atau institusi pengajian tinggi kalau ada pun hanya untuk anak orang orang kenamaan sahaja. Pendek kata,dasar pelajaraan pada masa itu bertujuan mahu mengingeriskan orang melayu dan menghalang rakyat dari mempunyai pelajaran tinggi.Pada tahun 1933 hinga 1937,satu pembaharuan dibuat dalam dasar pelajaran melayu, iaitu dengan mengadakan kelas mengaji al-Quran.Guru pertamanya ialah Cikgu Sha’ari bin haji Ismail.Pada tahun 1938 kelas mengaji al-Quran pun dihapuskan.Sehingga la pada tahun 1960.Pada tahun 1961 pelajaran agama diajarakan semula sehingga lah sekarang.

      Pada 8 disember 1941 Jepun menyerang Tanah Melayu.pada 15 Feb 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh di tangan Jepun. Dalam masa pemerintahan  Jepun, murid-murid melayu makin berkurangan. Ibu Bapa tidak begitu suka anak mereka diajar bahasa jepun.Sehingga 13 Jan 1944 bersamaan pada 13 Jan.1944 murid-murid tinggal 35 orang daripada 54 orang pada 3 disember 1941.Setelah Jepun menyerah kalah angkatan tentera British pada tahun 1945,maka pada tahun 1946 murid-murid telah bertambah ramai. Pada 11 februari 1946 mengikut cacatan diary sekolah murid-murid telah meningkat 178 orang ini menyebabkan 1 bangunan tambahan perlu dibuat. Permohonan,telah dibuat tetapi belum dapat kerajaan tunaikan. Akhrinya penduduk kampong bergotong royong membina sebuah lagi bangunan luasnya 14x30 kaki. Pada 17 Jun 1947 bangunan itu pun siap dan boleh digunakan. Bangunan itu,tiang 6x6 inci,dinding papan sekerat atap nipah.

      Pada 4.5.1949 bilangan murid telah meningkat 205 orang. Bangunan yang ada pada ketika itu ialah bekeluasan 26x60 kaki. Bangunan ini hanya untuk menampung murid 180 orang sahaja.Oleh yang demikian,maka pada 15.10.1949 bangunan itu dibesarkan lagi menjadikan luasnya 34x80 kaki, atap diganti asbestos dinding ganti papan dan bertingkap,sebagaimana bentuknya hari ini,di samping dicat semula.

       Dari hari kehari,murid terus bertambah ramai bilangannya.Pada 17 Feb 1852 bilangan murid meningkat ke 288 orang. Bangunan yang ada sudah tidak mencukupi bagi menampung murid sebanyak itu.

       Oleh demikian pada 22 hari bulan oktober 1952 satu bangunan bertambah iaitu bangunan B telah dibina oleh pemborong tukang melayu seramai 4 orang yang diketuai oleh Encik Janis Bin Bulat. Perbelanjaannya ditanggung oleh kerajaan sebagai bantuan RM1,800.00. Bangunan tambahan ini tiangnya bulat kayu bakau diding papan atap nipah. Luas bangunan ini ialah 40x20 kaki ini menjadikan bangunan tersebut seperti palang T besar.Tetapi tidak berapa tepat kerana bangunan baru yang dibina oleh Encik Janis, Encik Kadir bin yunus, Encik Jamil Bin Imbang dan Kasan Rawi itu disambungkan dengan bangunan tambahan “A” yang lama. 

      Pada tahun berikutnya didapati murid-murid sekolah yang makin bertambah,Oleh yang demikian guru pelawat pada masa itu datang melawat dan mengesyorkan bahawa satu lagi bangunan tambahan perlu didirikan.Kemudian Syor ini dikemukakan oleh kepada ketua kampung.Sementara itu pihak kerajaan satu pelajaran yang baru untuk diperkenalan kepada murid-murid.Pelajaran itu ialah pertukangan kayu.Untuk menempatkan murid murid belajar  pertukangan satu bangunan baru seluas 20x14 kaki pun dirikan dengan cara gotong royong dengan penduduk kampung.Bangunan tersebut siap dan diggunakan pada 26 hari bulan 4 1963.Guru pertama yang ditugaskan ialah Cikgu Abdul Talib Bin Ismail sementara murid-murid perempuan pula diberi pelajaran baru bernama urusan rumah tangga untuk menempatkan murid –murid belajar,pihak RISDA telah mendirikan bangunan bagi murid belajar pelajaran tersebut.Bangunan ini siap dirikan pada 28 hari bulan 9 1953.Guru pertama yang ditugaskan ialah Cikgu Hasnah Binti Husin.

      Memandang kepada keadaan murid belajar di bangunan yang sempit dan pihak kerajaan belum membuat sebarang tindakan bagi mengatasinya,maka jawatan kuasa kampong bertindak mengajak penduduk kampong bergotong royong mendirikan sekolah bagi mengatasi keadaan pelajar belajar dalam keadaan sempit.Pada 16 hari bulan 4 1954 bangunan tersebut pun siap dan terus digunakan.Luas bangunan ialah 15x66 kaki.Bangunan ini dinamakan bagunan tambahan C.

       Dari tahun ketahun perubahan terus berlaku.Dasar kerajaan juga berubah.Sekolah melayu Sungai Rawang berubah nama menjadi sekolah umum Sungai Rawang berikutan adanya dasar pelajaran Razak. Tidak lama kemudian nama sekolah bertukar lagi, menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang. Perubahan ini berlaku ketika Encik Abdul Aziz Bin Ishak menjadi Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu memangku jawatan Menteri Pelajaran, sehingga lah sekarang nama tersebut dikekalkan.

 

No comments:

Post a Comment